Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

☆ BERSALIN DALAM AIR ☆



Assalamualaikum :') Hari ni aku nak kongsi dengan korang tentang kebaikan Bersalin Dalam Air
post ni bukan untuk wanita sahaja , bahkan lelaki pun boleh ambil tahu info yang berguna ini . 
Motif nak kongsi benda ni ??

~ Tadi aku ada terlihat gambar & video Dr Sheikh Muszaphar Shukor ajar anak dia berenang ! 
Sweet gila boleh tak anak dia tu :) 


Jum Layan Info dekat bawah ni yaa :)
Harap anda semua tak bosan membacanya ya.

☆  KEBAIKAN  BERSALIN DALAM AIR  ☆

Sesuai dengan namanya, melahirkan dalam air atau dalam bahasa Inggrisnya disebut water birth merupakan proses persalinan yang dilakukan di dalam air. Cara ini telah menjadi alternatif baru untuk melahirkan sang bayi selain persalinan normal dan operasi cesar. Cara ini cukup populer dan sudah banyak ibu-ibu yang memilih water birth.


Sejarah kelahiran bayi di dalam air ini, ia bermula pada tahun 1960-an apabila seorang penyelidik dari Rusia, Igor Charkovsky melakukan kajian tentang kebaikan kelahiran di dalam air. Pada penghujung tahun tersebut, seorang pakar perbidanan dari Perancis, Frederick Leboyer mencuba kaedah kelahiran dalam air untuk membiasakan bayi yang sebelum ini berada dalam uri.
Seorang lagi pakar perbidanan Perancis, Michel Odent, menambahbaikkan lagi kajian Leboyer dengan menggunakan kolam bersalin sebagai salah satu cara mengurangkan rasa sakit bersalin. Odent juga mengkaji kebaikan bayi yang dilahirkan dalam air dan pada penghujung tahun 1990, ribuan bakal ibu telah memilih untuk bersalin di Pusat Bersalin Odent di Pithivier dan sejak itu, kaedah bersalin di dalam air mula digemari.
Prosedur Bersalin
Proses persalinan water birth dilakukan di sebuah kolam plastik berisi air hangat yang telah disterilkan terlebih dahulu. Suhu air disesuaikan mendekati suhu perut ibu agar bayi tidak terkejut saat keluar. Proses persalinan water birth memerlukan waktu kurang lebih 1-2 jam , jauh lebih cepat dibandingkan proses persalinan normal. Dalam proses melahirkan dalam air, ibu akan lebih fleksibel dalam bergerak dan saat berkontraksi. Dengan posisi yang selesa dan nyaman, proses persalinan akan lebih mudah dilakukan.
Suami Turut Dalam Air


Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. Kondisi seorang ibu pula mestilah sihat, tidak mempunyai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis.
Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka akan berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut dan sebagainya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin. Malah, suami juga boleh turut sama berada di dalam kolam untuk memberi sokongan kepada si isteri.

Bayi Tidak Lemas
Apabila bercakap tentang kelahiran di dalam air, ramai yang menggeleng kepala kerana membayangkan risiko bayi akan lemas di di dalam air selepas dilahirkan.
Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan akan lemas di dalam air. Tanggapan tersebut salah kerana bayi yang baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.

Bagi yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu membetulkan tanggapan tersebut kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. Air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam.
Kelebihan
Kelahiran dalam air sebenarnya adalah salah satu alternatif tambahan bagi ibu yang tidak mahu menggunakan sebarang intervensi.
Bagi Ibu :
  • Mengurangi rasa sakit
  • Memberikan kenyamanan dan lebih rileks
  • Lebih bebas bergerak
  • Mengurangi robekan pada jalan lahir
Bagi Bayi :
  • Mengurangi resiko trauma dan cedera pada kepala bayi
  • Kulit bayi lebih bersih
  • Mengurangi resiko bayi keracunan air ketuban
Berdasarkan kajian, posisi bersalin yang paling baik untuk si ibu ialah dengan bertinggung.
Untuk lebih info -----> TEKAN SINI
*Besar nanti boleh jadi perenang handalan la ye!
# Credit to wanitasihat.com :))

thanks for reading ;)

2 comments:

Si Matatajam said...

Best kan kl dapat bb cam Bella... Kecik2 dah pandai berenang...Akak follow sini

dayteenlea said...

uish
nanti leh cube

hehe done follow

Post a Comment

memekak disini -->


SAYA MOHAMAD MAZLAN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KERANA SINGGAH BLOG SAYA YAA :) BYE