Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENANTIAN



PENANTIAN SATU SIKSAAN !!!




berapa lama mesti kunanti , sinar cahaya matamu ?
gemerlap bagai bintang , menghiasi malam
malam yang menutup diriku

berapa lama perlu kutunggu , lontaran suara dari bibirmu
memecah hening taman , taman syurgawi
pada sebuah hati yang sepi

penantian suatu siksa , yang tidak tertanggung
oleh tubuhku yang kering dan layu
kepastian suatu penawar , dalam suka dan duka
yang meniti hidupku !!!


p/s : pada KAU .  thanks yaa :)
sakitkan hati aku . 




LELAKI YANG PATAH SAYAP KIRINYA <3


Aku umpama lelaki yang patah sayap kirinya
Menanggalkan baju dukaku dihamparan kenangan
Melonjak dari jendela kamar yang pecah kacanya
Ingin terbang menerpa bulan
Sambil mengilik sebungkus impian.

Tak kan ku hirau rayuan pungguk berhiba lara
Yang memilih pilu sengsara tanpa usaha
Aku dengan kental semangat menjerkah gerhana
Dan menahan mentari dari meminta gilirannya.

Terbanglah , lelaki yang patah sayapnya
Berpandukan tongkat paruh jentayu yang setia.
Aku bukan lagi lelaki pilu yang merenung jendela

Setiap kali purnama senyum atau retak di balik ara
Kerana aku tidak arif merisik rindu dan mentafsir cinta
Dari sinar mata pemilik kejora.


p/s : kiasan sahaja :) 



thanks for reading ;)

0 comments:

Post a Comment

memekak disini -->


SAYA MOHAMAD MAZLAN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KERANA SINGGAH BLOG SAYA YAA :) BYE