Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CUBA SULTAN BERKUASA MACAM RAJA THAI?


CUBA  SULTAN  BERKUASA  MACAM  RAJA  THAI?

Pihak berkuasa negara seperti Polis dan Jabatan Peguam Negara diminta mencontohi Thailand, mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak dan individu yang menghina institusi Raja.Naib Presiden Persatuan Anak-Anak Johor Wilayah Persekutuan dan Selangor Datuk Syed Hussien Al-Habshee berkata tindakan tegas pihak berkuasa Thailand telah mengelak institusi Diraja negara Gajah Putih itu daripada dipersenda pihak tidak bertanggungjawab.
“Pihak berkuasa negara perlu bertegas dengan pihak-pihak yang kerap mengeluarkan kenyataan mengutuk dan mempersenda institusi Diraja kita,” katanya.
Syed Hussien berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menerusi laman Twitter yang mempertikai tindakan Sultan Johor Sultan Ibrahim membida nombor plat WWW 1.
Bercakap kepada Bernama di sini, beliau menyifatkan kenyataan Mohamad Nizar tentang Sultan Johor itu sebagai ‘amat celupar’ dan tidak mempunyai sebarang asas.
Pada Rabu, seorang editor laman berita Thailand didapati bersalah oleh mahkamah negara itu kerana kenyataan menghina Raja dan menghadapi hukuman penjara selama 20 tahun. Sebelum ini, undang-undang antipenghinaan Raja di Thailand atau “lese majeste law” turut menghukum warga asing yang didapati bersalah menghina Raja Thailand.
Syed Hussien yang juga bekas duta negara ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE)menyokong tindakan polis memulakan siasatan terhadap Nizar berhubung kenyataannya terhadap Sultan Johor.
“Bagaimanapun kita berharap selepas polis selesai menjalankan siasatan, Jabatan Peguam Negara dapat bertindak dengan pantas dan tegas dalam mendakwa Mohamad Nizar,” kata beliau.
Ini kerana bekas Menteri Besar Perak itu, kata Syed Hussien, sebelum ini turut mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mempertikai institusi Diraja termasuk yang menyentuh Sultan Perak Sultan Azlan Shah tetapi tidak dikenakan tindakan.
Beliau turut meminta pingat yang diterima Mohamad Nizar daripada Istana Perak yang membawa gelaran Datuk Seri, dilucutkan.
# Credit to KL-Today.com    :')



thanks for reading ;)

0 comments:

Post a Comment

memekak disini -->


SAYA MOHAMAD MAZLAN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KERANA SINGGAH BLOG SAYA YAA :) BYE